Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap Khas Malaysia

Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap Khas Malaysia

Posted on

Sayur sayuran yang mudah untuk di tanam dan membesar salah satunya adalah lobak. Rasanya yang manis dan tekstur yang rangup menjadikan ia di sukai oleh sesiapa sahaja. Terdapat lebih daripada 100 jenis lobak merah di seluruh dunia yang berbeza dari segi saiz dari dua inci hingga tiga kaki dan dari warna oren, ungu, kuning, dan putih. Bukan sahaja sedap, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sangatlah banyak.

Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap Khas Malaysia

Lobak merah merupakan anti kanser, karena banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru paru dan kanser kolon karena lobak merah mengandungi Falcarinol, yaitu zat yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat yang bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser.

Bahan Resepi Nasi Kerabu Simple :

  • 6 biji cili api di kisar halus
  • 5 batang kacang panjang di potong halus
  • 3 biji lobak merah
  • 2 piring nasi
  • 2 ulas bawang putih di kisar halus
  • 2 batang serai di potong halus
  • 2 keratan ikan masin yang di goreng dan di kisar halus
  • 1 biji bawang merah di mayang
  • Sengengam ikan bilis di goreng dan di kisar halus
  • Sedikit daun selloum di potong halus
  • Sedikit daun pudina di potong halus
  • Sedikit bunga kantan
  • Boleh di tambah ulam lain jika ada
  • Sedikit garam dan ajinamoto

Bahan Resepi Kuah Nasi Kerabu :

  • 15 cili kering
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 bawang besar
  • 2 sb gula
  • 2 sb budu
  • 1 cm halia
  • 1 serai, ketuk
  • 1 asam keping
  • 1/2 labu bawang putih
  • Sedikit gula melaka
  • Santan
  • Garam, kena rasa masin dulu

Cara Membuat Kuah :

  1. Blend semua bahan di atas kecuali serai di ketuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.
  5. Masukkan asam keping, budu dan gula.
  6. Jika menggunakan budu, di rasakan dulu sebelum di masukkan garam.
  7. Masak sehingga pecah minyak.

Cara Membuat Resepi Nasi Kerabu Tumis :

  1. Panaskan minya masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan
  2. Kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1 sampai 2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukan bawang merah, lobak merah, ikan bilis, ikan masin dan rasa nasi itu.
  4. Kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto.
  5. Resepi nasi kerabu paling sedap siap di hidangkan bersama kuah nasi kerabu

Tambahan :

Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam. Kerana ia kaya dengan beta carotene, sejenis bahan yang di tukar kepada vitamin A di dalam hati, lobak merah adalah makanan yang baik untuk mata. Bahan ini juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak. Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik. Selain boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi, lobak merah juga dapat membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

Mengamalkan makan lobak merah juga di percayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah . Jika makan lobak merah lebih daripada enam biji dalam seminggu orang akan mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu. Dan cukup dengan makan lobak merah sahaja, lobak akan senantiasa menjaga kulit.

Lobak merah bersifat sebagai detoksifikasi hati. Dan sayuran ini amat berkesan untuk merawat jerawat yang di sebabkan oleh toksin daripada darah. Selain itu, lobak merah juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata di sebabkan oleh pigmentasi. Untuk mereka yang nak awet muda, Ini berita baik juga kerana lobak merah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain. Khasiat yang lain dari sayur ini di percayai dapat membantu melambatkan penuaan sel sel dan pelbagai kesan negatif yang di kaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *