Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Wangi Khas Malaysia
Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Wangi Khas Malaysia

Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Wangi Khas Malaysia

Posted on

Pandanus adorus atau ramai di sebut pandan merupakan sejenis tanaman berperdu yang tumbuh tegak ke atas dan ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung. Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai di jadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi.

Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Wangi Khas Malaysia
Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Wangi Khas Malaysia

Rasanya yang halus memberikan ia kepentingan dalam masakan asia yang sama seperti vanila kepada masakan barat. Satu jalur daun berukuran kira kira 10 cm atau 4 inci di masukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang di masak. Dua atau tiga jalur di reneh dalam kari. Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan, daun pandan di tumbuk dan di tegangkan atau di kisar dengan sedikit air di beberapa negara seperti di malaysia, singapura, indonesia dan thailand.

Bahan Resepi Nasi Lemak Pandan :

  • 7 helai daun pandan
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 2 inci halia di mayang
  • 1 bawang besar di mayang
  • 1 kotak kecil santan 200 ml
  • 1 cawan beras
  • Air
  • Garam sikit

Bahan Resepi Sambal Nasi Lemak :

  • 20 cili kering
  • 5 bawang merah
  • 3 bawang putih
  • 1 sudu besar asam jawa, campur air, ambil air je
  • Belacan
  • Gula melaka
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Bahan Lain Resepi Nasi Lemak Sedap :

  • Ikan bilis secukupnya di goreng
  • Kacang tanah secukupnya di goreng
  • Timun secukupnya hiris
  • Telur rebus

Cara Membuat Resepi Nasi Lemak Simple :

  1. Basuh 7 helai daun pandan bersih bersih.
  2. Gunting bagi kecik kecik.
  3. Letak air sikit, sikit je.
  4. Senang nak blend nanti.
  5. Dah blend pastu tapis, ambil air dia je.
  6. Beras basuh dulu macam biasa macam kita selalu masak nasi tu.
  7. Basuh bersih bersih.
  8. Letak pandan yang kita blend tadi, halia, bawang besar, daun pandan yang di simpul tu dan santan.
  9. Pastu tambah air, letak garam sikit, kacau rata.
  10. Sukatan air sama macam kita nak masak nasi tu.
  11. Part air ni ikut jenis beras yang korang pakai.
  12. Kalau dah biasa masak sukatan air sama level dengan beras.
  13. So air kasi sama level, kalau selalu masak nasi, air lebih sikit, so lebihkan lah air tu sikit.

Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Resepi :

  1. Cili kering ni rebus dulu bagi buang kotor dan bagi lembut.
  2. Tos kan pastu blend.
  3. Blend belacan, bawang merah, bawang putih.
  4. Untuk buat sambal nasi lemak sedap resepi, aku guna minyak bekas goreng ikan bilis untuk tumis sambal.
  5. Minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.
  6. Masuk kan bahan blender tadi tapi jangan masuk kan blender sekali pulak.
  7. Tumis bahan bahan blend.
  8. Bila bawang dah garing, masuk cili kering yang telah di blend pulak.
  9. Masuk asam jawa.
  10. Pastu masuk gula melaka
  11. Tumis sampai pecah minyak.
  12. Pastu letak garam dan gula secukup rasa.
  13. Masak sambal sampai terbit minyak.
  14. Sambal yang sedap selalunya sambal yang di masak dengan waktu lama.
  15. Sambal ini manis manis pedas.
  16. Ikan bilis dengan kacang tu goreng dulu.
  17. Letak telur dan timun.
  18. Nasi lemak resepi sedap siap di hidangkan

Tambahan :

Semua orang tau bahawa daun pandan memang wangi, oleh karena itu daun pandan juga boleh di jadikan pewangi dalam makanan iaitu seperti nasi lemak, pengat atau bubur. Karena daun pandan memiliki wewangian dan harumannya yang unik, maka banyak orang suka letak daun pandan dalam masakannya. Bahkan kalau nak masak nasi lemak tu, macam tak sah kalau tak letak daun pandan.

Sebenarnya daun pandan memiliki banyak kegunaannya termasuk untuk petua halau lipas, harumkan bilik, hilangkan bau hapak dalam lemari, melebatkan rambut dan juga untuk wangikan ketiak. Selain itu untuk rambut menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala, tumbuk daun pandan yang kemudian di ambil airnya dan di pupur ke rambut.

Banyak yang mengatakan kalau tujuan menggunakan daun pandan waktu memasak untuk mengelakkan makanan dan minuman dari basi yang terlalu dini. Dan menurut orang tua jaman dahulu, daun pandan yang di campur dalam masakan yang mengandungi daging akan membantu melembutkan daging. Daun pandan juga di gunakan sebagai pembalut makanan seperti ayam bakar dan kuih tradisional.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *