Resepi Nasi Minyak Terengganu Khas Malaysia
Resepi Nasi Minyak Terengganu Khas Malaysia

Resepi Nasi Minyak Terengganu Khas Malaysia

Posted on

Susu biasanya berbentuk cecair atau ada yang di jual dalam bentuk serbuk. Susu daripada lembu adalah yang paling biasa boleh kita di dapati di pasar raya. Kita di galakkan minum susu dua hingga tiga gelas sehari kerana mengandungi pelbagai khasiat. Yang paling penting adalah kalsium yang baik untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang. Susu juga mengandungi protein, magnesium, asid pantothenic, potassium, riboflavin, selenium, thiamine, vitamin A, vitamin B12, vitamins D dan vitamin K. Susu segar adalah yang tidak di pastur dan di seterilkan serta segar daripada lembu.

Resepi Nasi Minyak Terengganu Khas Malaysia
Resepi Nasi Minyak Terengganu Khas Malaysia

Susu penuh krim atau lemak mengandung empat peratus lemak dan umumnya banyak mengandung vitamin A dan D. Susu rendah lemak pula kandungan lemaknya hanya setengah dari susu penuh krim. Susu skim adalah susu yang kandungan lemaknya lebih sedikit lagi, kurang dari satu peratus. Susu pekat manis adalah susu yang telah di ektrak airnya dan telah di tambah gula. Gula bertindak sebagai antibakteria yang boleh membuatkan susu tahan lama. Konsistensinya pekat. Di Malaysia, susu ini sangat popular untuk membuat minuman seperti teh tarik dan banyak juga di gunakan dalam pemanis mulut seperti agar agar dan puding. Biasanya di jual di dalam tin.

Bahan Resepi Nasi Minyak Simple :

  • 500 gram beras siam
  • 125 ml susu cair
  • 4 ulas bawang putih di mayang
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 cm halia di hiris
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • 1 liter air
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukupnya

Bahan Tumis Nasi Minyak Resepi :

  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan Gulai Untuk Resepi Nasi Minyak Sedap :

  • 125 ml santan pekat
  • 20 ml air asam jawa
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 biji kentang di belah
  • 3 sudu besat rempah kari
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 ekor ayam di potong mengikut selera
  • air secukupnya
  • gula melaka, garam, dan gula secukup rasa

Bahan Tumis Gulai :

  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan Kisar Gulai :

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 1 ulas bawang kunyit putih

Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu Resepi :

Masak Resepi Nasi Minyak Beras Biasa :

  1. Cuci bersih beras kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan marjerin.
  3. Tumis nasi bersama halia, daun pandan, bawang besar, bawang putih, dan bahan tumis nasi hingga wangi.
  4. Masukan air dan kacau hingga mendidih.
  5. Selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.
  6. Kacau rata dan biarkan nasi masak

Masak Resepi Gulai Nasi Minyak Terengganu :

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian cili giling bersama bahan tumis gulai dan tumis hingga wangi dan garing.
  2. Kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata.
  3. Bila sudah garing masukan rempah kari yang di bancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.
  4. Masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa.
  5. Biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
  6. Perasakan gula melaka, garam, dan gula secukupnya
  7. Campur perasakan tadi dan biarkan hingga kuah pekat dan mendidih
  8. Pakai api sederhana supaya ayam masak sempurna
  9. Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak dan acar timun mentah.

Tambahan :

Susu cair juga di kenali sebagai susu sejat kerana sebanyak 60 peratus air dalam kandungan susu di sejat atau di keringkan. Susu ini rasa sedikit berlemak. Selepas di homogenkan ia akan di seterilkan dengan suhu (115 sampai118 °C) untuk 15 minit dan pemanasan ini memberi rasa karamel dan warnanya menjadi gelap sedikit iaitu berwarna coklat cair berbanding susu yang berwarna putih. Untuk menggantikan santan dan krim, susu ini sangat sesuai kerana rasanya yang berlemak tetapi kandungan lemaknya jauh lebih rendah daripada santan dan krim.

Pasti anda pernah membaca label susu yang di pasturkan dan susu UHT di kotak susu bukan? Susu pastur adalah susu yang melalui proses pempasturan (di panaskan) dengan suhu 65 darjah celsius sehingga 80 darjah celsius selama 15 saat bertujuan untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit. Susu UHT (Ultra Heat Treatment) pula adalah proses pemanasan susu secara ultra untuk satu tempoh sangat pendek, sekitar satu hingga dua saat, dengan suhu melebihi 135 darjah celsius, bagi membunuh spora dalam susu. Dengan itu dapat memanjangkan jangkah hayat susu. Susu yang di perkaya adalah susu yang di tambah jumlah kalsium dan jumlah lemaknya telah di kurangkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *