Resepi Rendang Ayam Khas Malaysia
Resepi Rendang Ayam Khas Malaysia

Resepi Rendang Ayam Khas Malaysia

Posted on

Bawang merupakan sumber kromium yang kaya iaitu mineral yang boleh membantu mengawal paras glukosa. Kromium adalah penting untuk aktiviti metabolisme insulin dalam karbohidrat, lemak dan protein. kurang mengkonsumsi kromium boleh menyebabkan rintangan insulin dan menjejas tahap kawalan gula dalam darah dan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2. Selain itu terdapat beberapa bukti yang mencadangkan bahawa kekurangan kromium boleh membuat penurunan berat badan menjadi sukar atau menyebabkan pertambahan berat badan dengan cepat.

Resepi Rendang Ayam Khas Malaysia
Resepi Rendang Ayam Khas Malaysia

Bawang merah juga memiliki banyak kandungan quercetin yang banyak menyediakan manfaat . Bawang merah adalah salah satu sumber semulajadi quercetin yang bioflavonoid yang amat sesuai untuk memerangkap radikal radikal bebas. Bahan bahan yang terkandung dalam di dapati mempunyai agen melawan kanser, antikulat, antibakteria dan antiradang. Bawang merah menunjukkan potensi untuk mencegah pembentukan polip usus, merencatkan virus rhino yang penyebab kepada demam , merawat psoriasis dan mencegah replikasi virus termasuk virus herpes simplex yang menyebabkan kudis. Bawang merah mempunyai quercetin yang kandungan allicin nya yang sama terdapat dalam keluarga bawang dan ahli ahli keluarga allium. Allicin di dapati menggalakkan kesihatan kardiovaskular, mencegah dan merawat kanser, dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Allicin terhasil apablia bawang itu di hancur atau di cincang. Allicin telah terbukti untuk mengurangkan risiko kanser perut menurut satu kajian, pengambilan separuh bawang sehari boleh mengurangkan risiko kanser perut sebanyak 50 persen.

Bahan Bahan Rendang Ayam :

  • 10 biji bawang merah di blend
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 helai daun kunyit
  • 3 inci halia di blend
  • 3 ketul asam jawa
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang putih di blend
  • 1 kotak santan
  • Kerisik
  • Gula Melaka

Bahan Rendang Ayam Yang Di Blend :

  • 30 tangkai cili kering
  • 20 tangkai cili padi
  • 3 inci kunyit
  • 3 inci lengkuas

Cara Cara Masak Rendang Ayam :

  1. Panaskan kuali Tefal hingga Thermo Spot menjadi merah.
  2. Masukkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih halia, serai dan limau purut hingga garing.
  3. Masukkan bahan blended, cili kering, kunyit dan lengkuas, goreng sampai garing.
  4. Masukkan ayam dan gaul rata.
  5. Masukkan santan dan kecilkan api, masak hingga ayam masak.
  6. Masukkan kerisik asam jawa dan garam, masak hingga rendang pekat / kering.
  7. Masukkan daun kunyit dan tutup api.

Tambahan :

Bawang merupakan makanan yang rendah glycemic indeks. Glisemik merupakan ukuran dan sukatan makanan yang berasaskan berapa cepat karbohidrat meningkatkan tahap gula dalam darah dan lebih tinggi penarafan, lebih cepat makanan akan melepaskan tenaga dan menyebabkan paras glukosa darah meningkat. Selain itu boleh membantu merawat kelemumur kerana sifat sifat antikulat itu. Memilih makanan GI rendah seperti bawang merah, anda bisa mengawal gula dalam darah dan paras insulin yang seterusnya menyebabkan badan menyimpan kurang lemak.

Kajian juga mencadangkan bahawa tahap insulin yang stabil boleh menyumbang kepada proses penuaan lebih perlahan, tekanan darah rendah dan paras kolesterol baik. Glycemic indeks pada mulanya di cipta untuk membantu pesakit kencing manis agar bisa memutuskan makanan apa yang terbaik untuk mereka, tetapi kini juga ramai orang mengambil berat dan sedar menggunakan konsep indeks glisemik untuk membantu mereka menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *