Resepi Rendang Daging Tok Khas Malaysia
Resepi Rendang Daging Tok Khas Malaysia

Resepi Rendang Daging Tok Khas Malaysia

Posted on

Hidangan rendang begitu sinonim dengan selera kebanyakan orang asia dan menjadi juadah istimewa menjelang musim perayaan atau kenduri. Rendang yang bahan utamanya di perbuat daripada daging atau ayam menggunakan campuran rempah ratus dan herba enak di makan bersama ketupat, lemang, pulut atau nasi putih. Rendang yang popular ialah rendang tok dan rendang minang, yang pasti membuat orang kecur lidah apabila melihat masakan lazat ini. Di negeri perak, rendang tok amat popular dan di kenali hampir ke seluruh pelosok negeri. Dalam sejarah, rendang tok di anggap paling istimewa kerana dahulu ia hanya di hidangkan di istana untuk santapan di raja. Oleh itu, ia di gelar rendang tok kerana ‘tok’ adalah gelaran untuk orang orang kenamaan. Rendang minang pula adalah masakan wajib bagi masyarakat minang terutama di negeri sembilan. Memakai cili padi dan daun limau purut merupakan perbezaan di antara rendang minang dengan rendang tok.

Resepi Rendang Daging Tok Khas Malaysia
Resepi Rendang Daging Tok Khas Malaysia

Rendang adalah masakan yang berasal dari padang, salah satu makanan khas dari budaya minangkabau, dan sering di sajikan pada acara acara dan upacara untuk menghormati tamu. Rendang juga populer di malaysia dan singapura, rendang di siapkan secara tradisional oleh masyarakat melayu pada acara acara pesta. Walaupun kadang kadang rendang di gambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang kadang di terapkan untuk kari daging hidangan di malaysia, asli rendang tidak seperti kari. Makanan sedap ini di buat dari daging sapi atau kadang kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong. Santan dan rempah rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Rempah rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang yaitu rendang kering dan rendang basah. Rendang kering dapat di simpan untuk 3 sampai 4 bulan, sedangkan rendang basah di kenal juga sebagai kalio.

Bahan Utama :

  • 10 biji bunga cengkih
  • 4 biji bunga lawang
  • 3 liter santan
  • 3 batang serai di titik
  • 2 kg daging di potong dadu mengikut saiz di kehendaki
  • 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
  • 2 keping gula nipah / kabung / melaka
  • 1 biji kelapa parut sangai untuk kerisik, isi kelapa di hiris kecil untuk kepingan dan di sangai
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Yang Di Sangai, Goreng Tanpa Minyak :

  • 2 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu makan jintan putih

Bahan Kisar Untuk Resepi Daging Rendang Tok :

  • 20 biji cili kering, rendam dulu
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 5 sm halia
  • 3 sm lengkuas
  • 3 sm kunyit hidup
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 labu bawang besar
  • Bahan yang di sangai tadi

Cara Membuat Rendang Daging Tok Sedap :

  1. Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar.
  3. Masakkan rempah itu dahulu.
  4. Masukkan daging yang di perap beberapa jam tadi, kacau.
  5. Masukkan santan, gula Melaka / kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah di carik.
  6. Kacau sedikit, biarkan ia masak, tambah air jika perlu
  7. Ketika daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang di sangai tadi, kacaukan.
  8. Masakkan rendang tok ini biar betul betul kering.

Tip Untuk Resepi Rendang Daging Tok :

  • Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.

Tambahan :

Resepi rendang sangat berkaitan dengan sambutan hari raya aidilfitri dan aidiladha di fahamkan di cipta oleh masyarakat etnik melayu minangkabau, kemudian merentasi fasa inovasi secara berperingkat, tetapi tidak menjejaskan keaslian rasanya dan tersebar ke seluruh nusantara. Menurut profesor dr. Gusti asnan yang merupakan sejarawan universiti andalas indonesia, rendang mula tersebar secara meluas ketika orang minang mula merantau ke melaka sekitar abad ke 16. Salah satu alasannya karena mereka berdagang dan berkelana ke destinasi yang jauh, rendang yang di masak sehingga kering sering di jadikan bekalan sepanjang perjalanan kerana ia tahan lama dan tidak cepat basi.

Di perak, rendang tok bukan lagi asing. Masakan itu di katakan berasal dari kampung pisang, batu gajah, perak. Rendang tok mendapat namanya kerana ia di masak oleh orang tua yang lebih mahir dalam menyediakan rendang tersebut. Tidak seperti rendang minang, rendang tok berbeza kerana teksturnya yang kering dan dagingnya di potong seperti bongkah dadu yang besar tetapi empuk.

Menerusi kenyataan seorang pengusaha rendang tok, untuk mengekalkan rasa tradisional rendang tok, ia perlu di masak menggunakan kawah dan kayu api. Terdapat beberapa lagi jenis rendang yang terkenal, salah satunya merupakan rendang mamak dengan tekstur seperti kari, tidak terlampau basah atau kering dan rendang minang yang menggunakan kunyit hidup bagi memberi warna kuning asli. Makanan ini sering merujuk kepada rendang pedas manakala rendang dendeng di sediakan dengan mengetuk daging separa kemik dan di masak menggunakan kicap.

Bahan bahan yang di gunakan seperti rempah ratus, santan, kerisik, daun kunyit yang di mayang halus, bawang merah dan bawang putih, minyak untuk memasak juga memainkan peranan penting dalam penyediaan rendang. Masakan ini juga tidak di buat hanya terhadap daging lembu sahaja. Sekarang terdapat variasi rendang seperti rendang kerang, rendang ayam, rendang hati dan rendang itik, malah telur rebus juga boleh di buat rendang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *