Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap
Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap

Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap

Posted on

Tepung gandum mengandungi lemak, karbohidrat, serat, protein dan makanan yang tinggi serat seperti gandum ini membantu mempercepat metabolisme dan menyumbang kepada mengekalkan berat badan. Pengambilan tepung gandum melindungi tubuh dari risiko rintangan insulin yang menyebabkan obesiti visceral, tahap kolesterol hdl yang rendah mencegah trigliserida tinggi atau tekanan darah tinggi. Tepung gandum membantu merawat kardiovaskular agar tidak menyabkan pesakit jantung.

Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap
Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap

Tepung gandum di perkaya dengan magnesium dan tepung gandum di kaitkan dapat mengurangkan risiko pesakit diabetes jenis 2. Rajin mengkonsumsi makanan yang berasal dari tepung gandum menunjukkan bahawa gula dalam darah turun sebanyak 19 % dan mereka yang mengambil diet dengan betaine dan choline yang tinggi dapat mengelak keradangan kronik hampir 20 %. Gandum juga mengurangkan masalah kesihatan seperti jantung, osteoporosis, penurunan kognitif dan alzheimer.

Bahan Bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan susu segar atau santan
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Buat Roti Jala :

  1. Blend tepung gandum, telur, susu segar, garam, dan pewarna kuning hingga sebati.
  2. Cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan
  3. Kalau tidak putus putus sudah boleh anda jala di atas kuali.
  4. Gunakan kuali non stick, kalau guna kuali biasa, mesti yang tak melekat.
  5. Tambahkan sedikit air kalau pekat.
  6. Selepas jala di atas kuali, biarkan beberapa saat hingga masak.
  7. Tidak payah di balik ketika masak langsung angat kemudian gulung.

Tambahan :

Tepung gandum merupakan salah satu sumber serat tidak larut yang penting bagi tubuh dan dapat mencegah pembentukan batu karang. Bahan makanan ini juga dapat mempercepat masa hadaman makanan dalam usus serta dapat mengurangkan rembesan asid hempedu, kerana jumlah asid hempedu yang berlebihan membawa pembentukan batu hempedu. Gandum juga mempunyai sifat yang dapat mengurangkan gejala penyakit diverticular seperti sakit loya, perut kembung, dan sembelit. Keadaan ini dapat terlihat oleh keradangan atau sakit perut yang lebih rendah, kerana keradangan yang berlebihan membentuk kantung di dinding usus besar, ini ramai di sebut sembelit kronik dan meneran berlebihan.

Tepung gandum merupakan agen antikanser kerana membantu meningkatkan metabolisme estrogen yang kemudian dapat mengelakkan risiko kanser payudara. Bran yang ada di dalam gandum amat berkhasiat mencegah kanser kolon yang meningkatkan kepekatan asid hempedu serta enzim bakteria dalam najis akan bekerja lebih baik. Wanita menopaus yang melakukan diet kaya serat tepung gandum menunjukkan dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 34% daripada mereka yang mengambil serat dalam jumlah yang lebih sedikit.

Mengkonsumsi hidangan gandum dapat mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Serat yang kaya dari gandum di kaitkan dengan pengurangan risiko semput dan asma pada kanak kanak dan keadaan di mana penyempitan pada saluran udara yang ramai di sebut bronkial hyper responsif (bhr). Tepung gandum juga memilki antioksidan yang kuat berupa vitamin e yang dapat melindungi membran sel otak dan molekul lemak dari kerusakan akibat radikal bebas. Karena vitamin sangat penting untuk fungsi imun dan pencegahan kanser serta mengawal glukosa dalam darah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *