Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Khas Malaysia
Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Khas Malaysia

Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Khas Malaysia

Posted on

Ikan bilis merupakan ahli keluarga (engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera stolephorus dan encrasicholina (bunga air) adalah biasa di malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.

Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Khas Malaysia
Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Khas Malaysia

Ikan bilis juga di kenali sebagai “ikan teri” di indonesia. Di malaysia, indonesia, dan beberapa tempat di singapura, ikan bilis di gunakan untuk membuat pati ikan, sambal, atau di goreng minyak banyak serta di hidangkan dengan nasi lemak. Ikan bilis biasanya di gunakan dengan cara yang sama dengan udang kering dalam masakan malaysia. Ikan bilis juga di gunakan dalam penghasilan budu, melalui proses penapaian. Di vietnam, ikan bilis adalah ramuan utama sos ikan nước mắm sos kebangsaan tidak rasmi vietnam.

Bahan Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis :

  • 350 gram ikan bilis
  • 150 gram kacang tanah
  • 10 ulas bawang kecil di tumbuk
  • 2 keping asam keping
  • 2 gengam ikan bilis di tumbuk
  • 2 sudu gula merah
  • 1 mangkuk cili di blender
  • Minyak kelapa utk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat Resepi Ikan Bilis Goreng Sambal :

  1. Ikan bilis di goreng, kemudian di tos kan
  2. Kacang di goreng kemudian di tos kan
  3. Panaskan minyak , masuk kan ikan bilis di tumbuk
  4. Tuang bawang kecil di tumbuk goreng sehingga wangi
  5. Masukan cili blender tumis sehingga cili garing dan bertukar colour dari merah terang kepada maroon
  6. Masukan asam keping , garam dan gula merah rasalah apa yang kurang dan tambah lagi
  7. Selesai masak kesemuanya, padamkan api masukan ikan bilis
  8. Tambah kacang tanah yang di goreng terlebih dahulu gaulkan hingga sebati
  9. Boleh di hidangkan

Tambahan :

Ikan bilis ialah ikan kecil yang banyak terdapat di lautan beriklim sederhana di seluruh dunia. Ikan bilis yang telah di awet kering kebanyakannya di gunakan untuk tujuan perasa dan ditambah ke banyak hidangan lain dan di gunakan sebagai bahan perasa makanan.

Ikan bilis adalah antara barangan makanan yang kaya purin yang meningkatkan tahap asid urik.jika anda mengalami gout atau sakit sendi dan mengambil berat tentang menjaga paras asid urik anda , pastikan anda mengambil dalam jumlah yang sederhana. Ikan bilis yang di makan tanpa membuang perut dan kepala (bilis yang tidak di kupas) adalah amat tinggi kandungan kolesterol, pastikan anda memilih ikan bilis yang sudah sedia di buang perut dan kepala untuk mengelak kolesterol.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *