Resepi Sayur Campur Sos Tiram Khas Malaysia
Resepi Sayur Campur Sos Tiram Khas Malaysia

Resepi Sayur Campur Sos Tiram Khas Malaysia

Posted on

Kekurangan pengambilan sayur sayuran dan buah buahan segar dalam diet harian menjadi antara faktor risiko kepada peningkatan kadar kematian selain mudah di jangkiti pelbagai penyakit. Kajian di lakukan kementerian kesihatan menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur sayuran dan buah buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Resepi Sayur Campur Sos Tiram Khas Malaysia
Resepi Sayur Campur Sos Tiram Khas Malaysia

Agensi penyelidikan kanser antarabangsa who menganggarkan, pengambilan sayur sayuran dan buah buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser dan 20 hingga 30 peratus kanser usus. Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur sayuran dan buah buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan khasiat, kalium dan serat yang mempunyai manfaat tersendiri.

Bahan Bahan Sayur Campur Masak Sos Tiram :

  • Kacang buncis
  • Lobak merah
  • Cendawan tiram kelabu
  • Kacang sepat
  • Putik jagung
  • Asparagus
  • Bebola ikan sayur panjang di potong potong
  • Sedikit biji lada benggala merah di hiris sesuka selera
  • Sedikit biji lada benggala hijau di hiris sesuka selera

Bumbu Rempah :

  • 4 sudu sos tiram di satukan dalam bekas
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 biji cili padi merah di ketuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam di bancuh dengan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis sayur sos tiram ni

Cara Masak Sayur Campur Sos Tiram :

  1. Kuantiti setiap jenis sayur sayuran yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan hidangan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi merah sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan bebola ikan dan asparagus.
  5. Tumis sehingga bebola ikan masak.
  6. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam yang telah di bancuh dengan air.
  7. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak sehingga kuah mendidih.
  9. Sekiranya mahukan kuah yang lebih, bolehlah di tambah air lagi.
  10. Bila kuah telah mendidih, masukkan semua sayur sayuran dan lada benggala
  11. Di ikuti dengan tepung jagung, kacau rata.
  12. Bila sayur sayuran telah masak, bolehlah di tutup api.

Tambahan :

Bagaimanapun, di sebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau di cemari dengan bahan kimia yang di gunakan dalam penanamannya lantas menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti produk tani ini supaya tidak memudaratkan. Kandungan sisa racun serangga dan bahan toksin pada sayur sayuran dan buah buahan menimbulkan kebimbangan kepada pengguna kerana ia menjadi ia boleh punca kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini kerana produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktor pengeluaran yang sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.

Menanam sendiri sayur sayuran dan buah buahan di sekeliling rumah dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah buahan yang segar dan selamat di makan. Makanan hijau yang ada (sedikit) kesan serangga menunjukkan ia kurang atau tiada sisa racun perosak, bagaimanapun hati hati akibat penggunaan pelbagai jenis racun pada tempoh yang lama boleh menyababkan makhluk perosak lali dengan racun itu.

Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10 hinga 20 peratus sisa racun yang terdapat di kulit sayuran atau buah buahan. Kaedah penanaman organik di hasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Selain memastikan sayur sayuran dan buah buahan bebas dari racun perosak, pengguna perlu memastikan ia juga selamat di makan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *