Resepi Sayur Sawi Tumis Air Khas Malaysia
Resepi Sayur Sawi Tumis Air Khas Malaysia

Resepi Sayur Sawi Tumis Air Khas Malaysia

Posted on

Perasan tak, walaupun sayuran dah di simpan dalam peti sejuk, ia masih boleh menjadi layu dan kurang segar walaupun hanya selepas beberapa hari. Sebenarnya terdapat petua dan cara menyimpan sayur dan bahan bahan mentah ini agar ia tahan lebih lama. Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur dan bahan mentah agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama. Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5 sampai 10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam.

Resepi Sayur Sawi Tumis Air Khas Malaysia
Resepi Sayur Sawi Tumis Air Khas Malaysia

Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan di asingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan di potong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi. Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit. Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit. Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya. Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

Bahan Bahan Sayur Sawi Masak Air :

  • 2 biji bawang merah
  • 1 pokok sawi
  • 1 biji lada merah
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 ulas bawang putih
  • Udang yang telah di buang kulitnya
  • Sedikit air
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit perasa
  • Sedikit minyak
  • Sos tiram

Cara Tumis Sayur Sawi Masak :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di mayang halus.
  3. Goreng hingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan air mengikut kuantiti sawi yang di gunakan bersama udang dan biarkan 1 minit.
  5. Masukkan garam, gula, perasa dan kicap.
  6. Masak hingga mendidih dan barulah masukkan sos tiram, sayur sawi dan lada yang telah di potong.
  7. Akhir sekali, boleh lah di hidangkan

Tambahan :

Tanaman sawi (brassica spp) merupakan satu aktiviti penanaman sayuran jenis daun yang intensif. Sawi merupakan tanaman sayuran daun dengan nama saintifiknya brassica sp. Yang di percayai dari keluarga brassicaceae dan mempunyai banyak jenis atau varieti. Terdapat beberapa jenis sawi yang mudah di tanam di malaysia di antaranya seperti sawi hijau atau choy sum (brassica parachinensis), sawi putih atau pak choy (brassica chinensis var. Pekinensis cruciferae), sawi mini atau bok choy (brassica rapa chinensis), sawi bunga (brassica rapa cruciferae) dan juga sawi ropol.

Dari segi jenis jenis sawi lain yang di tanam ada banyak lagi apa lagi mengenai jenama dagangan sawi oleh penjual benih sawi. Terdapat banyak cara penanaman sawi termasuk sama ada secara konvensional di atas batas tanah, di dalam sistem fertigasi, di atas batas, di dalam sph dan terkini telah ramai menanam sawi dengan menggunakan teknologi pertanian terkini iaitu mereka menggunakan pasu. Sawi merupakan sayuran daun singkat masa di mana dalam masa sebulan ianya boleh di tuai atau di petik sendiri jika di tanam di kawasan keliling rumah.

Sawi juga merupakan di antara pilihan aktiviti pertanian bandar yang boleh aktiviti penenamnnya sesuai di perluaskan amalannya terutama di kawasan perumahan di bandar. Dalam sistem tanaman secara hidroponik, sawi dan salad merupakan pilihan utama untuk sistem tanaman ini. Sawi yang di tanam sendiri lazimnya adalah lebih segar, selamat di makan dan paling penting ia di hasilkan sendiri oleh mereka yang berminat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *