Resepi Sup Ayam Berempah Khas Malaysia
Resepi Sup Ayam Berempah Khas Malaysia

Resepi Sup Ayam Berempah Khas Malaysia

Posted on

Dalam banyak banyak daging, daging kegemaran rakyat malaysia adalah sememstinya daging ayam. Hal ini demikian kerana ayam merupakan satu satunya daging yang boleh di makan oleh semua bangsa tanpa ragu ragu dan terdapat pelbagai resepi ayam yang cukup menyelerakan untuk di cuba. Daripada resepi mudah seperti ayam goreng hinggalah yang lebih rumit seperti ayam kurma, setiap isi rumah pasti menyediakan sekurang kurangnya satu sajian berasaskan ayam dalam seminggu.

Resepi Sup Ayam Berempah Khas Malaysia
Resepi Sup Ayam Berempah Khas Malaysia

Walaupun begitu, ramai dalam kalangan rakyat malaysia sendiri mula sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan hidangan berasaskan ayam yang wujud di malaysia setakat ini tidak dianggap sesuai untuk di kelaskan sebagai ‘sihat’. Namun begitu, terdapat cara untuk anda makan ayam dan kekal sihat.

Bahan Sup Ayam :

  • 10 ketul ayam yang di potong kecil
  • 6 gelas air atau stok ayam
  • 4 sudu besar minyak
  • 3 biji ubi kentang potong potong
  • 1 batang lobak merah di potong dadu
  • 1 batang daun sup di hiris
  • 1 batang daun bawang di hiris
  • 1 biji tomato
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit garam dan lada putih

Bahan Tumis Resepi Sup Ayam Simple :

  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk
  • 2 sudu besar rempah sup babas
  • 1 inci kayu manis
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia di tumbuk
  • Bunga cengkih

Cara Membuat Sup Ayam Berempah :

  1. Panaskan periuk dengan minyak,
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia berserta dengan rempah serangkai hingga terbit bau.
  3. Masukan rempah sup yang di bancuhkan dengan sedikit air
  4. Kacau sebentar hingga terbit minyak.
  5. Masukan ayam dan tomato, kemudian kacau sebati seketika.
  6. Masukan air atau stok ayam, garam dan lada putih, renih hingga mendidih.
  7. Masukan ubi kentang, sebelum memasukan lobak merah, renih hingga lembut.
  8. Biarkan sup menjadi agak pekat dan tutupkan api.
  9. Hidang bersama taburan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.

Tambahan :

Ayam kampung merupakan ayam ternak yang bersaiz kecil. Ayam kampung lazimnya mempunyai bulu pelepah berwarna merah hitam. Ayam kampung, secara tradisionalnya di pelihara untuk daging dan juga telur. Namun begitu, ayam kampung mempunyai kadar pengeluaran yang rendah berbanding ayam komersial lain. Ayam kampung betina lazimnya, menghasilkan 55 hingga 100 biji telur setiap tahun dengan berat purat kira kira 39 gram. Kualiti telur ayam kampung ini bergantung pada cara eraman telur tersebut.

Bagi ayam kampung yang di ternak untuk daging pula, ayam kampung hendaklah mencecah berat 1 sampai 1,5 kg terlebih dahulu. Sebelum ayam kampung di ternak secara besar besaran untuk pasaran komersial, harga ayam kampung adalah lebih tinggi daripada daging ayam lain. Kini, ayam kampung boleh di peroleh pada harga yang berpatutan di kebanyakan pasar tempatan.

Kebanyakan pengguna menganggap bahawa ayam kampung dan ayam ternak lepas adalah sama. Sebenarnya, ayam kampung merujuk pada jenis baka ayam yang berasal di malaysia. Ayam ternak lepas merujuk pada ayam yang di ternak tanpa kawalan dan di beri makanan organik. Ayam ternak lepas ini bergerak bebas di kawasan lapang yang berumput. Namun begitu, cara tersebut adalah cara ternak lepas yang di gunakan pada zaman dahulu.

Kini, ayam ternak lepas di lakukan di kawasan yang tertutup tetapi luas untuk ayam bergerak bebas. Oleh itu, dalam memilih ayam yang betul betul organik dan sihat, anda perlu pastikan ayam kampung yang di beli adalah di ternak secara ternak lepas dan di beri makanan organik.

Manfaat kesihatan yang di peroleh daripada ayam kampung adalah pada daging dan juga telur yang di hasilkan. Daging ayam kampung di dapati kurang berlemak dan lebih sihat berbanding ayam yang di ternak secara komersial. Namun begitu, tekstur daging ayam kampung adalah lebih liat. Meskipun begitu, rasa daging itu sendiri lebih manis.

Sebenarnya, nilai kesihatan sebenar ayam kampung adalah pada telur ayam tersebut. Berbanding telur ayam biasa yang di jual di pasar raya, telur ayam kampung mempunyai kandungan omega 3 yang lebih tinggi di samping mempunyai kadar mineral dan vitamin tinggi.

Kualiti nutrien dalam telur di pengaruhi oleh beberapa faktor seperti makanan yang di beri kepada ayam, cara ayam di ternak dan juga kebebasan yang di beri untuk ayam bergerak. Perbezaan kualiti ini dapat di lihat menerusi warna telur kuning dan juga ketebalan kulit telur. Telur ayam biasa mempunyai warna telur kuning yang lebih pudar dan mulit yang lebih nipis berbanding telur ayam kampung yang mempunyai warna telur kuning yang lebih terang dan kulit tebal.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *