Resepi Sup Sayur Cendawan Sedap Khas Malaysia
Resepi Sup Sayur Cendawan Sedap Khas Malaysia

Resepi Sup Sayur Cendawan Sedap Khas Malaysia

Posted on

Cendawan atau kulat merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh di usahakan daripada kumpulan ‘fungi’. Saya pasti ramai di antara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan.

Resepi Sup Sayur Cendawan Sedap Khas Malaysia
Resepi Sup Sayur Cendawan Sedap Khas Malaysia

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) sebagai sumber nutriennya. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi di tanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan cendawan kini telah pun turut di iktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk di jadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan.

Bahan Untuk Sup Sayur Sedap :

  • 150 gram cendawan tiram
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 ikat sayur bayam
  • 1 genggam daging yang di potong potong
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Air secukupnya untuk kuah sup
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat Sup Sayur :

  1. Kupas semua bawang dan di mayang halus ,
  2. Potong sayur bayam dan rendam dalam air panas sehingga lembut kemudian di tos dan ketepikan .
  3. Tumbuk semua bawang sehingga lumat.
  4. Bersihkan cendawan kemudian di siat siat menjadi kecil .
  5. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan, tumis daging dan semua bahan yang di tumbuk sampai layu .
  6. Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
  7. Bila kuah dah nak mendidih boleh di masukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau .
  8. Boleh la di rasa jika kurang masin boleh di tambah garam
  9. Bila sayur bayam dah masak boleh la di tutup api dapur .

Tambahan :

Terdapat beberapa laporan dari kajian yang mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh di makan dan ada juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh di makan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah di jadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran. Antara jenis jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi spesis (sekadar menyebut beberapa nama). Di negara kita cendawan tiram kelabu adalah yang paling banyak di komersilkan.

Cendawan yang boleh di makan (edible mushroom) boleh di masak atau di proses untuk mendapatkan khasiatnya. Selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk institut sains biologi, fakulti sains, universiti malaya dan laporan jurnal dari luar negara, cendawan ini di laporkan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan. Berikut adalah beberapa khasiat yang di dakwa secara klinikal mengenai khasiat perubatan dan boleh kita jadikan panduan.

Cendawan tiram pula iaitu abalome terdapat beberapa spesis yang popular di usahakan. Di antara jenis cendawan tiram adalah seperti cendawan tiram merah jambu atau nama pleurotus cystidiosus, pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); pleurotus florida (tiram putih) dan pleurotus sajor caju ( tiram kelabu). Jenis cendawan ini di dakwa berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida. Cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat zat makanan daripadanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *