Resepi Sup Sayur Kubis Khas Malaysia
Resepi Sup Sayur Kubis Khas Malaysia

Resepi Sup Sayur Kubis Khas Malaysia

Posted on

Masih ada segelintir manusia di malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Tapi tahukah kita apa keburukan kubis sebenarnya dan di sebalik keburukan ada juga kebaikan. Apa pun hakikatnya imbangilah pengambilan kubis untuk jangka masa panjang. Kubis berbanding dengan sayur lain ia agak murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang di hidangkan di restoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan di situ.

Resepi Sup Sayur Kubis Khas Malaysia
Resepi Sup Sayur Kubis Khas Malaysia

Malah kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat yunani dan rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka. Diet masyarakat asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di china dan jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di amerika. Data serupa di catatkan membabitkan kadar barah payudara di kalangan wanita. Antara manfaat kesihatan kubis termasuk membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Bahan Bahan Resepi Sup Sayur Sedap :

  • 6 biji bawang besar
  • 4 cawan sup ayam dan juga 1 kiub pati daging
  • 3 biji lobak
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji lada hijau, capsicum, lada benggala atau cili merah
  • 2 tin tomato di potong
  • 2 biji tomato segar
  • 2 batang celery
  • 1 tin cendawan segar
  • Setengah biji kubis
  • Sedikit garam

Rempah Ratus Seperti :

  • Oregano
  • Basil
  • Lada hitam

Cara Buat Sup Sayur Kubis :

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di atas api yang sederhana.
  2. Tambah bawang besar dan bawang putih dan masak sehingga naik bau.
  3. Tambahkan sayuran seperti lobak merah, lada, capsicum, celery dan tumiskan hingga agak masak.
  4. Masukkan air dan kiub pati daging ataupun sup ayam.
  5. Masukkan pati tomato, kubis dan tomato segar.
  6. Masa sehingga kobis lembut.
  7. Tambahkan rempah ratus dan garam jika perlu.

Tambahan :

Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kubis hanya mengandungi 15 kalori. Kubis kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air, justeru, ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan. Kubis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin a, c, e dan b. Vitamin a sering diketahui membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin c adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.

Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin c di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. Vitamin c, salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan. Sains moden menunjukkan kubis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam. Ekstrak kubis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh. Kehadiran vitamin c dan sulfur itu juga membuatkan kubis baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *