Resepi Sup Sayur Sawi Telur Khas Malaysia
Resepi Sup Sayur Sawi Telur Khas Malaysia

Resepi Sup Sayur Sawi Telur Khas Malaysia

Posted on

Sawi atau kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang di kenali sebagai sayur sayuran dan di tanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak di tanam di kebun kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular di gunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila di makan.

Resepi Sup Sayur Sawi Telur Khas Malaysia
Resepi Sup Sayur Sawi Telur Khas Malaysia

Sawi boleh di makan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh di makan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.

Bahan Sup Sayur Sedap :

  • 3 biji telur ayam
  • 2 biji kentang di potong
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 biji lobak merah
  • Sedikit minyak andainya kalian nak menumis

Bahan Sup Sayur Resepi Yang Di Tumbuk :

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Halia agak2 seinci gitu
  • Sedikit lada hitam

Cara Memasak Resepi Sup Sayur Telur :

  1. Letak periuk atas dapur dan masukkan air kedalamnya air ikut suka nak kuah sikit buh sikit
  2. Masukkan sekali kentang dan juga bahan bahan yang di tumbuk.
  3. Agak dah mendidih dan kentang pun dah empuk pecahkan telur ayam kat dalam periuk dan masukkan sekali lobak merah
  4. Bile dah agak masak masukkan sawi, perasakan sekali ngan garam secukup rasa.

Tambahan :

Herba sederhana besar boleh mencecah setinggi 50 cm. Batang tidak berkayu, berwarna hijau. Daun tunggal, sederhana besar, berbentuk bulat melonjong seakan sudu dengan tangkai daun berwarna hijau yang panjang. Tepi daun bergerigi halus, daun bergelombang kasar, urat daun di tengah dan urat selerat jelas kelihatan, pucuk berwarna hijau muda, warna hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, kecil, kuning terang, mempunyai kelopak, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung pucuk. Buah kecil, silinder memanjang, berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi perang apabila telah tua. Mengandungi banyak biji berwarna hitam setelah tua.

Sawi atau nama saintifiknya brassica sp. Berasal dari keluarga brassicaceae. Terdapat beberapa jenis sawi yang mudah di tanam di malaysia. Antaranya sawi hijau atau choy sum (b.parachinensis), sawi putih atau pak choy (b.chinensis var. Pekinensis cruciferae), sawi mini atau bok choy (b.rapa chinensis), sawi bunga (b. Rapa cruciferae) dan sawi ropol.

Sawi di ketahui mengandungi banyak vitamin a,b,c,e,k, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Ia juga sangat kaya dengan serat yang boleh membantu proses pencernaan. Banyak juga penyakit yang boleh di hindarkan dengan mengamalkan makan sawi antaranya anemia, mengurangkan risiko penyakit barah, mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan mempercepatkan pembekuan darah semasa luka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *